ASSAR Group

...diversified portfolio of investments

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home

(Media) Graduan Terima Insentif Pendidikan ASSAR

Graduan terima insentif pendidikan ASSAR berjumlah RM2,000

(Sumber dari Utusan Sarawak, Rabu 21 Jun 2023)

TAHNIAH ... Norlia Madon menyerahkan insentif kecemerlangan pelajaran berjumlah RM2,000 kepada Martina Ngian Anak Tero di pejabat ASSB, di Kuching baru-baru ini.

KUCHING: Amanah Saham Sarawak Berhad (ASSB), Pengurus Dana ASSAR menyerahkan Skim Insentif Kecemerlangan Pelajaran Akaun Pendidikan ASSAR kepada Martina Ngian Tero yang baharu sahaja menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Martina merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian) Kelas Pertama pada Majlis Konvokesyen di UiTM, baru-baru ini.

Majlis ringkas simbolik penyerahan insentif tunai berjumlah RM2,000 disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ASSB, Norlia Madon di pejabat ASSB di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, bapa Martina iaitu Tero Bayel merupakan seorang guru yang bertugas di Pejabat Pendidikan Tatau.

Norlia Madon turut mengucapkan tahniah kepada para graduan UiTM yang berjaya menamatkan pengajian mereka pada majlis konvokesyen tersebut dan juga kepada para pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang baharu sahaja menerima keputusan peperiksaan mereka pada 8 Jun lalu.

Dalam pada itu, Norlia turut mengingatkan para pelabur Akaun Pendidikan ASSAR yang menepati semua syarat agar segera menghantar permohonan yang lengkap dalam tempoh tiga bulan dari tarikh konvokesyen atau tarikh pengumuman keputusan peperiksaan agar tidak terlepas tempoh tuntutan insentif tersebut.

Akaun Pendidikan ASSAR merupakan akaun bersama dengan anak-anak atau adik-beradik yang masih belajar.

Sebagai galakan mencapai kecemerlangan akademik, mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang serta memenuhi semua syarat dan kelayakan akan mendapat insentif kecemerlangan pelajaran bermula dari peringkat SPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Bagi peringkat SPM, insentif ini akan menawarkan kepada para pelajar yang berjaya mendapat keputusan 8A ke atas dan mereka layak menerima sebanyak RM1,500 manakala pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya keputusan 6A dengan syarat pangkat A dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik sekali gus layak menerima RM1,000.

Untuk peringkat Diploma pula, kadar insentif yang ditawarkan adalah berdasarkan kelayakan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK), iaitu untuk PNGK 3.50 hingga 4.00 mereka layak menerima RM2,000, manakala untuk PNGK 3.00 hingga 3.49 akan menerima RM1,000.

Bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda, bagi pencapaian Kelas Pertama kadar insentif yang ditawarkan adalah sebanyak RM2,000 manakala RM1,000 untuk pencapaian Kelas Kedua.

Insentif ini akan di agihkan dalam bentuk tunai.

Sepanjang tahun 2022 lalu, seramai lapan pelabur layak mendapat insentif kecemerlangan pendidikan Akaun Pendidikan ASSAR yang keseluruhannya berjumlah RM11,000 untuk peringkat SPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Untuk pertanyaan lanjut serta pengesahan terma dan syarat, para pelabur boleh menghubungi Unit Operasi ASSAR di talian 082-231433 atau email di This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .