ASSAR Group

...diversified portfolio of investments

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home

(Media) ASSB Pergiat Program Penerangan Ciri-Ciri Tabung ASSAR Baharu

ASSB Pergiat Program Penerangan Ciri-Ciri Tabung ASSAR Baharu

(Sumber dari Utusan Sarawak, 21 Mei 2024, 12 Zulkaedah 1445H, Selasa)

TAKLIMAT... Pegawai dari ASSAR memberi taklimat ringkas mengenai ciri-ciri tabung ASSAR yang baharu kepada kakitangan jabatan di Mukah dan Kuching.

 

KUCHING: Amanah Saham Sarawak Berhad (ASSB), syarikat pengurusan tabung Amanah Saham Sarawak (ASSAR) kini sedang giat mengadakan program di seluruh Sarawak bagi memberi penerangan kepada pelabur ASSAR berkaitan penstrukturan semula tabung ASSAR yang telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya pada Oktober 2022.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ASSB Norlia Madon, sepanjang 2023 sebanyak 84 sesi taklimat dan perkhidmatan kaunter telah berjaya dilaksanakan bagi tujuan memberi penerangan dan pendedahan kepada para bakal pelabur serta pelabur sedia ada mengenai ciri-ciri baharu tabung ASSAR manakala bagi 2024 pula, sebanyak 122 sesi taklimat dan perkhidmatan kaunter telah dirangka dan akan dijalankan di seluruh Sarawak.

"Sehingga April 2024, sebanyak 46 sesi taklimat dan perkhidmatan kaunter telah pun berjaya kita laksanakan di sekitar Bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri. Sambutan dari kalangan para pelabur amatlah menggalakkan,” tambah Norlia.

Mengulas berkenaan penstrukturan semula tabung ASSAR, Norlia berkata, penstrukturan tersebut telah mula membuahkan hasil yang amat positif yang mana tabung ASSAR telah Berjaya mengagihkan dividen interim sebanyak 2.5 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024. Di samping itu, Nilai Aset Bersih (NAB) seunit telah meningkat secara konsisten melebihi paras RM1.00 seunit walaupun selepas pengagihan dividen interim baru-baru ini.

Dalam pada itu ciri jaminan harga minima RM1.00 seunit masih lagi dikekalkan untuk memastikan risiko modal pelabur ASSAR adalah terjamin dan tidak akan jatuh dibawah paras minima RM1.00 seunit sepanjang Tempoh Jaminan tersebut.

Secara keseluruhannya, penstrukturan semula tersebut telah membantu meningkatkan potensi tabung ASSAR dengan menyediakan asas modal yang lebih tinggi bagi mencapai objektif pelaburan baharu berdasarkan kepada kerangka perumpukan aset dan strategi pelaburan yang mana sekurang-kurangnya 70 peratus NAB adalah untuk pelaburan didalam sekuriti berpendapatan tetap, instrumen pasaran wang dan/atau deposit manakala maksima 30 peratus NAB untuk dilaburkan didalam pasaran ekuiti.

Strategi baharu ini juga mampu mengurangkan kadar kemeruapan atau volatility portfolio pelaburan ASSAR di sampung memberi pulangan pelaburan yang konsisten dan sekali gus dapat membantu menjana peningkatan prestasi ASSAR melalui keuntungan modal.

Norlia juga berharap agar para pelabur ASSAR mengambil peluang untuk menghadiri program yang akan diadakan di tempat mereka untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat berkaitan tabung ASSAR serta pelaburan mereka.

Beliau turut mengambil kesempatan untuk memperingatkan para pelabur yang masih belum mengemas kini maklumat seperti alamat, nombor telefon dan email agar segera berbuat demikian bagi memudahkan sebarang urusan berkaitan akaun pelaburan mereka. Para pelabur boleh mendapatkan boring kemaskini maklumat di kaunter perkhidmatan ASSAR atau menghubungi ibu pejabat ASSB di talian 082-231433 atau 019-34611433 atau e-mel ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .